01 March 2022

"ANAK KENA "COBID..." - SHIERA TURUT TITIP UCAPAN SEMPENA ANNIVERSARY KE-19



"Happy anniversary laa Yang. Tak Dan nak bermacam macam. Anak kena cobid (C0V1D). Banjir, Kerja. Anak lain nak SPM. Nak daftar anak sekolah masuk sekolah menengah. Anak nak makan Haaaaa. Tak dan laaa. Bye off to work. Happy happy yang," demikian tulis selebriti popular, Sharifah Shahirah.


Selain menitipkan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan bersama suaminya, Ijoy Azhari yang ke-19, Shahirah atau mesra disapa Shiera, turut memaklumkan anak sulungnya, Allisya Tahir disahkan positif C0V1D selepas menjalani ujian saringan kendiri, semalam.

Dalam pada itu, ibu kepada lima orang cahaya mata ini menasihati kepada orang ramai untuk sentiasa menjaga diri daripada dijangkiti wabak penyakit merbahaya itu.

"Lain semoga dilindungi time time ni. KITA JAGA KITA SAMPAI TEPI KAIN PUN JAGA. SAMAPI TEPI KAIN PUN JAGA.. BOLEHHHHH LAAAAA," kata penyampai radio berusia 47 tahun itu lagi.

Klik untuk gambar besar



Ketika dihubungi, Shiera berkata Allisya terlibat di dalam penggambaran drama yang menampilkan adiknya, pelakon Sharifah Sakinah, baru-baru ini. Menurutnya lagi, beberapa individu lain termasuk Sakinah serta pembantu peribadinya turut mempunyai kebarangkalian dijangkiti virus berkenaan.

"Anak saya jalani penggambaran untuk sebuah drama bersama dengan adik saya juga, Sakinah. Tapi setakat ini, Sakinah belum maklumkan apa-apa lagi sebab dia punya keputusan ujian saringan tu masih nampak samar-samar lagi. Bukan sahaja Sakinah, malah dia punya pembantu rumah dan pengurus peribadi pun turut terkena sama," jelasnya.

Apa pun, kami mengharapkan agar Allisya dan semua yang ditimpa ujian COV1D supaya segera sembuh seperti sedia kala, InsyaAllah.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: