01 March 2022

"SEMUA DENGAN IZIN ALLAH" - JAWAB INA NAIM BILA MAIN 'BOWLING' DIPERTIKAI



Nampaknya isteri penyanyi nasyid, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim kembali aktif apabila membuka akaun TikTok, setelah sekian lama mendiamkan diri dari media sosial.


Baru seminggu membuka akaun tersebut, Ina memuat naik video sedang bermain boling. Menerusi video tersebut, Ina dilihat berbaju kurung menunjukkan aksinya membaling bola ke arah ten-pin boling.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa gembira melihat kehidupan Ina yang kini semakin bahagia. Malah, ada yang mengatakan meskipun suaminya sering dikecam, namun ibu kepada empat cahaya mata itu tetap tenang dan tabah.

Klik untuk gambar besar



Namun, video tersebut menimbulkan tanda tanya netizen yang mempersoalkan sama ada Ina sudah menerima v@ks1n C0V1D kerana boleh masuk ke premis berkenaan. Diruangan komen, Ina dilihat ada membalas komen daripada netizen berkenaan dengan mengata semua dengan izin Allah.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan tindakan mereka itu tidak membahayakan orang sekeliling sebaliknya mereka yang terdedah dengan risiko virus berkenaan kerana menolak v@ks1n.

Terdahulu, Suhaimi terpalit dengan kontorversi menolak v@ks1n serta pernah membuang ubat hospital. Malah, Suhaimi juga mempunyai alasan tersendiri sebab mengapa dia memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: