23 March 2022

BILA IQBAL TAK SANGGUP LIHAT ZUL ARIFFIN DIKECAM BERTUBI-TUBI



"Saya tidak sanggup lihat Zul Ariffin dikecam bertubi-tubi. Hampir setiap hari saya menjalani penggambaran bersamanya dan setiap hari juga saya belajar menjadi orang yang tenang seperti Zul Ariffin. Tetapi kali ini, apabila dia memerlukan semangat, saya rasa bersalah.


"Walaupun mulut dan riak wajahnya tetap senyum, saya tahu dia memerlukan sokongan," demikian luah usahawan yang juga pelakon drama 'Perempuan Itu', Iqbal Zulkifli dimana dia tidak sangguup melihat pelakon Zul ariffin dikecam bertubi-tubi.

Berkongsi luahan tersebut di Insta Story, Iqbal menyifatkan Zul seorang yang paling tenang dan bersikap terbuka yang pernah dikenali selama ini. Ujarnya lagi, ketika orang ramai menghentam, namun dia memilih untuk menjadi penguat disaat seseorang itu memerlukan semangat.

Klik untuk gambar besar



Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai Zul Ariffin yang dikecam teruk selepas memuat naik sedutan babak panas dalam drama 'Perempuan Itu'.

Semalam, Zul tampil membuat permohonan maaf di Insta Story miliknya. Menurutnya, dia akan lebih meneliti dan berhati-hati sebelum memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk dipromosikan di media sosial


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: