23 March 2022

DIDAKWA BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK - HAEL HUSAINI TAMPIL NAFI



Baru-baru ini timbul dakwaan segelintir pihak mengatakan penyanyi Hael Husaini, 35, ada menjalani pembedahan plastik untuk tampil lebih segak. Bagaimanapun, dakwaan tersebut telah dinafikan Hael.


Penyanyi lagu 'Jampi' itu berkata, dia tidak tahu bagaimana gosip itu boleh tercetus, namun mengakui ada terdengar tuduhan tidak berasas berkenaan.

"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Reaksi saya hanya mampu tersenyum saja. Apa yang boleh saya katakan, makin kita meningkat usia semakin kita pandai jaga diri.

"Waktu muda dulu mungkin saya tidak memikirkan soal penampilan sangat, tapi bila dah makin tua dengan sendirinya kita semakin ambil tahu dan lebih disiplin," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Hael, dia mengaku bertuah kerana memiliki syarikat pengurusan yang amat menitikberatkan soal penampilan selain aspek nyanyian.

"Saya akui dulu tak ada pasukan di belakang. Semua buat sendiri. Sekarang kerja-kerja saya diuruskan oleh pasukan yang profesional.

"Kalau dulu, umpamanya saya sikat rambut dan pakai gel rambut sendiri saja, sekarang dah ada pasukan yang siapkan. Ya, memang boleh dikatakan adalah perubahan itu dari semasa ke semasa untuk saya tampil menarik di depan kamera," ujarnya lagi.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: