Menerusi laman Instagram, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha baru-baru ini ada memuat naik beberapa keping gambar mempromosikan barangan berjenama mewah.
Daiyan yang memakai korset bersama seluar jeans biru sambil memegang sebuah beg itu ternyata membuatkan ramai yang kurang senang melihat gaya posingnya yang terkangkang dan didakwa seksi sehingga mengundang kecaman.
Rata-rata netizen memberikan teguran kepada pelakon itu supaya menunjukkan contoh yang baik mendoakan agar diberikan hidayah buat Daiyan. Dalam pada itu, ada yang mengingatkan supaya tidak terus melakukan kemungkaran kerana sekarang banyak musibah berlaku.
Meskipun ramai yang mengecam, Daiyan dilihat tidak ambil peduli dengan kecaman yang dilemparkan. Apa yang pasti, Daiyan memang cantik dan pandai bergaya.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment