08 March 2022

ISTERI YONNYBOII DIKECAM TERUK TAMPIL 'FREEHAIR' DI AJL36



Semua sedia maklum mengenai isteri kepada penyanyi Yonnyboii, iaitu Nik Nazira yang kini sudah tidak memakai tudung, selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.


Menurut Yonny, isterinya memang tidak bertudung sebelum ini dan masih dalam proses belajar untuk bertudung sepenuhnya.

Terkini, menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, isteri Yonnyboii dilihat muncul 'freehair' bersama suaminya di Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-36. Nik Nazira dilihat memberikan kata-kata semangat buat suaminya.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik di Instagram TV3 Malaysia itu mengundang rasa kurang senang daripada netizen yang mengecam isteri Yonnyboii.

Klik untuk gambar besar



Rata-rata netizen turut terkejut dengan warna rambut isteri pernyanyi rap itu yang diwarnakan. Tidak kurang juga ada yang mengatakan Nazira seolah mempermainkan agama.

Meskipun ramai yang mengecam namun ada segelintir netizen mendoakan agar Nazira dibukakan hati untuk kembali berhijab semula.

Untuk makluman, Yonny dan Nazira selamat mendirikan rumah tangga pada 20 November lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: