13 March 2022

KUCING ROSYAM NOR, 'MIDNIGHT' HILANG - TAWAR RM1,000, RAYU PULANGKAN JIKA TERAMBIL



"Kucing hilang. Ganjaran: RM1,000. 'Midnight'. Kali terakhir dilihat pada 2 Mac 2022 di Seksyen 11, Kota Damansara. Jantan, kacukan breed, hitam keperangan, mata hijau, ekor panjang, berisi, tiada kolar, tiada jalur, sangat manja dengan orang.


"Dah beberapa hari kucing saya namanya Midnight, tak balik-balik. Saya bela kucing ini daripada ibunya dan usia dia dah lebih lima tahun. Jadi, saya harap sesiapa yang jumpa kucing saya, boleh DM saya. Sebab saya dah rindu pada dia. Saya cari dia... seluruh keluarga rasa kehilangannya.

"Adik dia ada, tapi dia tak ada. Badan dia besar, manja dengan semua orang. Sesiapa terjumpa, minta tolong beritahu. Sesiapa terambil, sebab dia cantik dan besar, minta dipulangkan semula... tolong," kata pelakon Datuk Rosyam Nor yang menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang menjumpai kucing kesayangannya bernama 'Midnight' yang hilang sejak 2 Mac lalu.

Klik untuk gambar besar



Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 55, menerusi Instastory turut memuat naik foto kucingnya. Menerusi perkongsian itu, Rosyam juga menyenaraikan ciri-ciri kucing perliharaannya yang dilihat kali terakhir di Seksyen 11, Kota Damansara.

Menurut pelakon filem 'KL Gangster' ini, seluruh keluarga berasa kehilangan dan berharap sesiapa yang menjumpai kucing itu akan memulangkannya semula. Rosyam mengakui dia berasa bimbang sekiranya ada individu yang mengambil kucingnya secara tidak sengaja memandangkan ia mudah mesra dengan orang lain.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: