13 March 2022

"SEMOGA PAHALA TERUS MENGALIR UNTUK YOU SAYANG" - SHUIB BERSYUKUR HAJAT ARWAH SITI SARAH BANGUNKAN MUSOLLA & DEWAN SERBAGUNA TERLAKSANA



Menerusi perkongsian di akaun Instagram, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu meluahkan rasa syukur apabila dapat melaksanakan hajat isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin dengan memberikan sumbangan bagi menbangunkan surau dan dewan serbaguna untuk kegunaan umah anak-anak yatim di Pelabuhan Klang, Selangor.


Dalam entri yang sama, Shuib memberitahu arwah isteri berhajat untuk memberikan sumbangan tersebut sewaktu mereka sama-sama melawat lokasi berkenaan, sebelum ini. Bapa kepada empat cahaya mata itu turut akui Sarah seronok apabila dapat isi masa bersama penghuni kediaman berkenaan.

"Harini (semalam) 12 March 2022, kali kedua datang ke Baitul Sakinah As-Shariff ni, tapi kali ini datang dengan mertua dan anak-anak. Kali pertama datang sini ppada 25 Julai 2021 bersama arwah isteri tercinta @sitisarahraissuddin. Datang berdua, saya yang drive.

Klik untuk gambar besar



"Sepanjang perjalanan kami karaoke, nyanyi macam-macam lagu. Seronok sangat. Bahagia rasa, Alhamdulillah. Sampai je sini disambut Tuan Haji Fadhil (individu yang menjaga tempat ni), lepas tu jumpa anak-anak yatim yang ada, habis semua tempt kami tour, tempat cantik, besar, bersih," tulisnya.

"Arwah terlalu seronok jumpa anak-anak kat sini. Kemudian diberi peluang untuk memberi sumbangan bagi menyiapkan Musolla dan Dewan Serbaguna yang masa tu dalam 70 peratus pembuatan kalau tak silap.

"Arwah nak sangat menyumbang sebab nak tengok Musolla dan dewan ni siap sebab dewan ni selain dari anak yatim kat sini guna, orang kampung yang duduk berhampiran pon boleh guna. Allah Maha segalaNya.



"Hari ini... Bila ianya sudah pon siap, arwah dah pon pergi untuk selamanya. Tapi rezeki arwah, dia diberi penghormatan bila mana Musolla dan Dewan ni di letakkan nama Sarah dan gabungan 2 lagi nama individu. Maka diberilah nama.

"MUSOLLA DAN DEWAN SERBAGUNA SARAH MUSLIM AL-ATTAS. Syukur Alhamdulillah. Hadiah buat you sayang. Rezeki you. Alhamdulillah. Terima kasih mengajar Daddy tentang sedekah, yakin dengan sedekah, suka dengan sedekah.

"Semoga pahala terus mengalir utk you sayang. InsyaAllah selalu ke sini dengan anak-anak. Ini tempat terakhir kita dating Sayang. Semoga ada pengajaran yang kita boleh ambil," tulis Shuib yang turut berharap usaha yang dilakukan bersama arwah isteri akan terus mendapat rahmatNya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: