Status kehamilan pertama Elisya Sandha kini semakin bertiup kencang walaupun tuan punya badan masih mengunci mulut, namun ramai yang sudah mula perasan dengan perubahan bentuk fizikal Elisya, 'baby bump' dia juga semakin ketara.
Selain itu, Elisya dilihat kerap memegang perut seperti yang sering dilakukan ibu-ibu hamil. Dia juga kerap memuat naik atau berkongsi foto wanita hamil dalam InstaStorynya seperti Rihanna yang satu dunia tahu dia sedang mengandung.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada kesahihan muncul daripada mulut Elisya mahupun suaminya, Uzair Haqimy. Jika benar adik kepada pelakon Fasha Sandha ini sedang mengandung, pasti ramai yang mendoakan kesihatan Elisya dan bayi dalam kandungannya.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment