31 March 2022

"LAWA TAK LAWA... I'LL WEAR IT FOR THE SAKE OF GOD" - DIANA DANIELLE BERSUARA ISU TUDUNG



Menerusi laman Twitter, pelakon Diana Danielle telah tampil bersuara mengenai isu bilakah dia akan terbuka hati untuk berhijab. Dalam ciapan tersebut, Diana berpendapat memakai hijab adalah kerana Tuhan dan bukan kerana untuk kelihatan cantik.


Dalam pada itu, Diana turut berpendapat konsep 'lagi cantik bila pakai tudung' tidak konteks yang betul dan akan memakai hijab kerana Allah walaupun kelihatan tidak cantik kelak.

"Memberitahu betapa cantiknya seseorang memakai tudung. Anda memakainya untuk kesopanan, menunjukkan kepatuhan kepada tuntutan kepada agama bukan semata-mata ingin nampak cantik. Ayat, lagi lawa apabila bertudung tidak kena dengan konteks. Lawa atau tidak, jika saya nak bertudung, saya akan memakainya demi Tuhan," tulisnya.

Bagaimanapun, tidak ditanyakan secara lanjut mengenai perkongsian itu dan kepada siapa entri itu ditujukan. Perkongsian Diana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang mendoakan agar dilembutkan hati pelakon itu untuk berhijab suatu hari nanti.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: