31 March 2022

"AWAL-AWAL DULU SAYA BLOCK IG MAK... EMAK TEGUR TAPI SAYA DEGIL" - KAK KM RISAU IBU MURUNG BACA KOMEN



Nama pelakon veteran, Normah Damanhuri pasti turut terpalit sama, setiap kali muncul kontroversi membabitkan anaknya, usahawan kosmetik Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM.


Biarpun beberapa kali sudah ditegur ibunya, namun Kak KM berkata dia tetap meneruskan perkongsian video sensasi di laman Instagram kerana ia merupakan salah satu bentuk strategi pemasaran.

"Sebenarnya mak dah beberapa kali minta saya berhenti buat video sebab asyik kena kecam tapi saya minta dia rileks. Awal-awal dulu saya block Instagram mak saya supaya dia tak tengok video saya di Instagram tapi baru-baru ni saya buka balik.

"Dia memang pantau apa saya post, lepas tu telefon minta padam tapi saya jelaskan semula apa yang saya buat ini adalah atas urusan kerja dan perniagaan... dahulu kalau mak baca komen netizen, dia jadi down dan murung.

Klik untuk gambar besar



"Sejujurnya emak memang tegur saya hari-hari tapi saya yang degil. Kalau orang kata mak saya tak pandai jaga anak, pergi lantaklah. Kalau kau bagus jagalah anak dan emak kau baik-baik," ujarnya yang dipetik sebgai sebagai kepada mStar.

Sebelum ini, kakak kepada model dan pelakon Ahya Rosli itu kerap menerima kecaman netizen kerana aksi dalam video yang dimuat naik di Instagram dikatakan lucah dan melampau.

Selain itu, video Kak KM menyusukan bayi di tempat awam dan membiarkan dua anaknya merokok turut mengundang rasa kurang senang netizen.


Dalam pada itu, usahawan jamu ini memberitahu dia tidak ambil pusing dengan kecaman yang ditulis netizen kerana perkongsiannya itu atas tujuan perniagaan.

"Netizen yang bercakap tu saya tak kisahlah. Apa video yang viral tu bukan mendatangkan dosa pun. Kita dengan cara kita sebab yang viral tu produk yang saya jual cuma bila kita terangkan tu yang nampak macam lucah.

"Yang kecam pun saya layan baik-baik sahaja, saya tak mahu bermusuh dengan sesiapa. Apa yang penting emak dan keluarga faham sudah cukup. Komen-komen buruk tu saya tak layan," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: