31 March 2022

"KITA TIDAK TAHU APA YANG DIA (YASIN) LALUI, JADI JANGAN TERLALU CEPAT MENGHUKUM" - RAIHAN



"Kami kumpulan nasyid juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan. Mungkin dia melakukan kesilapan dan kita doa semoga dapat diperbetulkan.


"Kita tidak tahu apa yang dia lalui, jadi jangan terlalu cepat menghukum. Kami kenal dia dan dia seorang sahabat yang baik," itulha kata kumpulan nasyid popular iaitu Raihan.

Mereka memohon agar orang ramai tidak terlalu cepat menilai, susulan penahanan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman atas tuduhan mengedar dadah. Salah seorang ahlinya, Abu Bakar Md Yatim menyifatkan Yasin sebagai seorang sahabat yang baik.

Yasin yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan nasyid Brothers ditahan pada 24 Mac kerana memiliki ganja. Susulan itu, dia didakwa di Mahkamah Petaling Jaya pagi Khamis dan berdepan hukuman gantung mandatori mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: