01 April 2022

"INI BUKAN SATU TUGAS YANG MUDAH TETAPI SAYA AKAN BERUSAHA..." - SYED SADDIQ JAWAB SALAM YASIN SULAIMAN



"Saya menerima satu laporan dan klip video tentang seorang penggiat seni yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti ganja dan dadah. Saya tidak akan mengulas berkenaan kes ini dan akan serahkan kepada pihak mahkamah dan peguam. Saya tidak mahu mengganggu perjalanan kes. Saya cuma nak ulang pendirian saya dalam isu penggunaan ganja/kanabis.


"Sejak menjadi menteri pada 2018-2020, saya konsisten dalam menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan (medical cannabis). Malah, Kementerian Kesihatan di bawah bekas menteri, YB Dr Dzulkefly pun ada keluarkan beberapa kenyataan tentang kesediaan MOH untuk membuka ruang kajian perubatan kanabis di Malaysia.

"Ia juga disambut dan diteruskan di bawah Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin sekarang. Keputusan dan desain ini dibuat karena kita ikut fakta, data dan said. Bukan buat sebab "trend" atau cakap-cakap orang. Ia boleh dijadikan sumber rawatan alternatif untuk banyak pesakit.

"Saya juga pernah berbahasa dalam Dewan Rakyat tentang potensi perubatan kanabis jika ia dibenarkan di Malaysia. Lebih 40 buah negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan. Nilai pasar industri ini cecah RM60 billion," demikian maklum Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tampil memberikan respon berhubung namanya disebut oleh penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman.

Klik untuk gambar besar



Saddiq menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi miliknya menjelaskan untuk meluluskan penggunaan ganja dalam bidang perubatan bukan satu tugasan yang mudah. Namun Saddiq menegaskan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan ada perkembangan positif kelak.

"Saya sendiri ambil tanggungjawab dalam memperkenalkan industri ini di negara kita. Ini bukan satu tugas yang mudah tetapi saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan ada perkembangan yang baik nanti," jelas Saddiq yang sebelum ini ketika bergelar menteri, telah menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan (medical cannabis).

Terdahulu, hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya berikutan penahanannya kerana mengusahakan tanaman ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu. Yasin sempat 'mengirim salam' pada Syed Sadiq dan meminta untuk menyegerakan isu kebenaran penggunaan kanabis untuk perubatan di Parlimen.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: