31 March 2022

YASIN SULAIMAN: "SAYA PERLUKAN UBAT TAMBAHAN... SAYA KHUATIR AKAN CRACK TIGA KALI, TAKUT GILA SEBELUM INI"



Berikutan masalah kesihatan mentalnya yang semakin terjejas, penyanyi nasyid dan komposer Yasin Sulaiman merayu kepada Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini untuk memberikan jaminan.


Menerusi laporan media, Yasin sempat memaklumkan dia memerlukan ubat tambahan kerana kesihatannya terjejas dan bimbang penyakit bipolar dihadapinya menyerang semula.

"Saya ada diberikan bekalan ubat (semasa ditahan reman) tapi saya perlukan ubat tambahan. Saya khuatir akan crack tiga kali, takut gila seperti sebelum ini," katanya.

Terdahulu, Yasin mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas didakwa atas pertuduhan mengedarkan dadah jenis ganja seberat 214 gram.

Sementara itu, peguamnya Yusmadi Yusoff mengatakan Yasin disahkan menghidap bipolar serius sejak tahun 2009. Kali terakhir Yasin mendapatkan rawatan adalah pada 2 bulan lepas.

Klik untuk gambar besar



"Dia melalui proses perubatan sejak tahun 2009 termasuk pernah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). "Namun dia tak bercerita dekat orang fasal tahap kesihatannya. Itu yang bagus fasal dia.

"Proses perubatan itu berterusan sampai sekarang termasuk di hospital lain. Hak rawatannya perlu dipastikan. Dia kena dapat rawatan segera.

Ujar Yusmadi, sejak Yasin ditahan reman dia tidak mendapat sebarang rawatan perubatan berhubung penyakit yang dihidapinya itu.

"Pengalaman dilaluinya kini (ditahan reman) tak sewajarnya. Sejak ditahan, dia tidak mendapat rawatan lagi. Hal ini juga sudah dimaklumkan polis. Pihak polis juga kata perkara itu (masih belum dirawat) perlu dihujahkan di mahkamah," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: