31 March 2022

SAMBUT BIRTHDAY - LIYANA JASMAY KENA KECAM, DIDAKWA BERDOA CARA KRISTIAN



Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok memaparkan pelakon dan pengarah Liyana Jasmay yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-34 tahun pada 28 Mac lalu itu sedang menggenggam tangannya sambil menutup mata, lalu meniup lilin.


Seperti sudah dijangka, tindakan Liyana mengundang kecaman netizen yang mendakwa perbuatan itu seakan sama seperti agama lain berdoa sebelum meniup lilin.

Malah, diruangan komen ada segelintir netizen kecewa serta mengatakan perbuatan tersebut tidak melambangkan sebagai umat Islam dan mengikut budaya barat.

Dalam pada itu, ada beberapa netizen mengatakan masih ramai tidak tahu bahawa orang Islam tidak boleh meniup lilin di atas kek. Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan adakah itu pelakon tersebut kerana setahu mereka Liyana sudah berhijab.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: