31 March 2022

SHUIB BERSYUKUR HAJAT ARWAH SITI SARAH BINA RUMAH BARU UNTUK MANGSA KEBAKARAN TERTUNAI



"13 Februari 2021 #ThrowBack. Ibulah yang paling semangat nak sangat bantu dua keluarga ni untuk ada rumah baru. Alhamdulillah harini Daddy dan team @bubblebeemalaysia_hq akan ke Bachok Kelantan untuk penyerahan kunci. Terima kasih top management @bubblebeemalaysia_hq yang merealisasikan impian untukk melihat dua rumah ni di bangunkan.


"Ibu, Alhamdulillah, dah siap rumahnya sayang @sitisarahraissuddin," itulah tulis pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu yang akui gembira selepas berjaya merialisasikan hajat isterinya yang juga merupakan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissudin untuk membina dua buah rumah baru buat keluarga yang terkesan akibat musibah kebakaran yang berlaku di Bachok, Kelantan pada Febuari tahun lalu.

Menurut Shuib, sewaktu musibah tersebut baru berlaku, arwah isterinya merupakan individu yang paling bersemangat untuk membantu keluarga-keluarga hilang tempat berteduh ini.

Menerusi entri yang sama, Shuib turut berkongsi klip-klip video lama sewaktu dia dan Allahyarham Siti Sarah menziarahi tapak perumahan yang hangus dijilat api itu. Dikesempatan itu juga, Shuib turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah berkerjasama bagi memastikan projek tersebut dapat direalisasikan.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, insiden kebakaran tersebut telah berlaku di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan sehingga menyebabkan dua buah keluarga hanga tinggal sehelai sepinggang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Shuib akan sentiasa dimurahkan rezeki.

"Murah rezeki awak dunia akhirat." - "Sentiasa mengalir pahala arwah." - "Semoga dimurahkan rezeki berlipat kali ganda." - "Ya Allah, Shuib. Sungguh mulia hati arwah. Semoga arwah berbahagia di syurga." - "Ya, Allah, pahala jariah tak putus-putus buat Sarah. Bahagianya, mewah arwah disana," antara komen-komen netizen di Instagram.


KLIK VIDEO DIBAWAH UNTUK UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: