07 March 2022

'PELUKAN ANGKASA' DINOBATKAN SEBAGAI JUARA AJL-36



Malam tadi, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, telah pun melabuhkan tirainya dengan menobatkan lagu 'Pelukan Angkasa' ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishammuddin sebagai juara.


Menewaskan 11 lagu yang lain, melayakkan lagu 'Pelukan Angkasa' nyanyian SOG dan Shila Amzah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi bersalut emas.

Naib juara dimenangi penyanyi Marsha Milan dengan lagu 'Cinta' yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. Tempat ketiga disandang lagu 'Mimpi' nyanyian Haqiem Rusli yang menawarkan ganjaran wang tunai RM30,000 dan trofi.

Klik untuk gambar besar



Seperti menepati ramalan, Aina Abdul memenangi Vokal Terbaik menerusi lagu 'Sepi' ciptaan sepenuhnya Aina dan berjaya membawa pulang RM12,000 berserta trofi.

Manakala Persembahan Terbaik dimenangi lagu 'Cinta' nyanyian Marsha Milan, ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim sekali gus berjaya meraih RM18,000 tajaan bersama NOIR Beauty Essence..Cantik dengan NOIR berserta trofi.

Bagi kategori Penyanyi Pilihan Popular AJL 36 pula diberikan kepada Aina Abdul dan Khai Bahar menerusi lagu 'Nafas Cinta' dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: