07 March 2022

RAJA ILYA SAHKAN HAMIL 5 BULAN - DIJANGKA BERSALIN PADA ULANG TAHUN KELAHIRANNYA DI AUSTRALIA



"Syukur Alhamdulillah, Yes betul, Ilya mengandung.. Tak sabar actually nak share news ni dengan semua.. Oleh kerana masa dan situasi tak mengizinkan kami cadang untuk share pada hari ini (semalam)..


"Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti ditentukan Oleh Yang Maha Esa... Kami happy sangat dekat sini, walaupun hati tu rindu nak balik MALAYSIA, balik Ipoh jumpa keluarga.. Rindu nak shooting jumpa kawan kawan, honestly rasa kebunan rindu tu lebih dari kebunan nak makan time mengandung ni.

"Memandangkan Ilya akan bersalin dekat Australia, Ilya harap ramai boleh share tips dekat Ilya ok... One thing Ilya experience dalam 5 bulan ni "it's Hard" bukan mudah rupanya nak jadi seorang ibu.. phewww.. tapi in the same time, rasa excited and bersyukur.

"Thank you for all the well-wishes, love & support dari korang semua selama ini . #lifestyleoflove #rajailya #syukur #baby #comingsoon," demikianlah tulis pelakon Raja Ilya menerusi laman Instagram miliknya dimana dia berkongsi berita gembira yang dia kini sedang hamil lima bulan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar



Dalam perkongsian tersebut, Ilya berkata dia sangat teruja kerana sudah lama menyimpan rahsia kehamilannya. Ilya dalam masa sama turut meluahkan rasa rindu untuk pulang ke Malaysia.

Ujarnya lagi, dia juga akan melahirkan anaknya di Australia yang dijangka sekitar Julai depan. Lebih menggembirakan, kata Ilya, kelahiran anaknya itu jatuh pada ulang tahun kelahirannya sendiri yang ke-37.

"Kalau cukup bulan dan hari, InsyaAllah baby ini akan lahir sama tarikh dengan ulang tahun kelahiran saya. Memang rasa seronok dan teruja kerana telah lama kami menantikan kehadiran cahaya mata," ujarnya.

Untuk makluman, Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkahwin dengan Trent Garret pada Disember 2018. Selepas berkahwin Ilya dan suami menetap di Australia sejak 2019.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: