06 March 2022

SAMBUT HARI LAHIR ANAK MAID MACAM KELUARGA SENDIRI - EMMA MAEMBONG DIPUJI



"Happy birthday Intan sayang. Mima (nama panggilan) love u so much. ❤️," tulis pelakon Emma Maembong pada sebuah video dan foto yang dimuatnaik olehnya dimana dia bersama seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anak kepada pembandu rumahnya.


Melihat pada video tersebut, Emma melayan kanak-kanak itu dengan penuh kasih sayang apabila melakukan kejutan hari lahir buat kanak-kanak itu di sebuah taman permainan 'indoor'.

Emma turut menyediakan sepotong kek sebelum ditiup oleh kanak-kanak dipanggil Intan yang teruja menerima hadiah anak patung sempena hari jadinya. Emma turut memuat naik gambar bersamma kanak-kanak itu yang dilihat saling memegang tangan antara satu sama lain.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Emma itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu sentiasa merendah diri kerana melayani anak pembantu rumahnya seperti ahli keluarga sendiri. Malah, ramai mengatakan pembantu rumahnya bertuah kerana mempunyai majikan yang baik hati seperti Emma serta tidak membezakan layanan.

Untuk makluman, Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel kini berusia dua tahun.



























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: