06 March 2022

IBU MENINGGAL DUNIA AKIBAT C0V1D - HASRAT QUE HAIDAR LUANG MASA TAK KESAMPAIAN



"Al-Fatihah buat Bonda saya 🤍. Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk sama2 kebumikan ibu saya.. hanya Tuhan yg tahu macam mana perasaan saya.. Moga ibu saya tenang disana.. Bertandang sudah rindu ni 😔🤍," demikianlah tulis pelakon Que Haidar yang memaklumkan berita sedih dimana ibunya, Allahyarham Rahmah Hussein telah meninggal akibat C0V1D kira-kira pukul 1.20 pagi Ahad di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu, Johor.


Berkongsi berita sedih menerusi laman Instagram, Que turut memberitahu arwah ibunya turut menghidapi penyakit lain seperti kencing manis, masalah jantung dan darah tinggi sejak beberapa tahun lalu. Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Teng Haidar, 43, berkata, dia segera pulang ke Johor selepas mendapat perkhabaran tersebut pada Sabtu.

"Kakak menghubungi saya memaklumkan keadaan ibu yang nazak. Arwah sempat mengadu sakit dada kepada kakak sebelum meninggal dunia. Saya segera pulang ke kampung memikirkan arwah ibu masih kuat ketika itu. Semasa diberitahu, abang saya juga ada maklumkan jantung ibu kembali stabil selepas empat kali terkena serangan jantung. Namun Allah lebih sayangkan ibu," ceritnya.

Klik untuk gambar besar



Que sempat tiba di hospital pada pukul 6 petang semalam. Menurut Que lagi, kali terakhir dia bertemu ibunya adalah pada Januari lalu. Dia yang merancang untuk meluangkan masa bersama arwah pada hujung bulan ini turut meluakan rasa kesal kerana tidak sempat berbuat demikian.

"Kebetulan saya terlibat dalam penggambaran di Mersing pada hujung bulan ini, jadi perancangan mahu meluangkan masa bersama ibu, Namun tidak kesampaian," ujarnya.

Jenazah Allahyarham Rahmah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak, Kulai, Johor.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: