03 April 2022

ANZALNA NASIR UMUM HAMIL 8 BULAN: "EIDRESS BAKAL DAPAT ADIK HARI RAYA NANTI, ANOTHER "EID BABY"..."



"Salam Ramadan. Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan yang mulia, bulan penuh keampunan dan rahmat daripada-Nya. Alhamdulillah Eidrees bakal dapat adik hari raya nanti. Another "Eid" baby.


"InsyaAllah.. Untuk itu, mohon doa semua agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik. Amin.. 8 Months Pregnant," demikian tulis pelakon Anzalna Nasir yang berkongsi berita gebira dimana dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya itu sudah lapan bulan.

Selepas anak sulungnya, Eidrees kini berusia tiga tahun tahun, Anzalna meluahkan rasa gembira apabila bakal menimang anak kedua tidak lama lagi. Lebih membahagiakan, Anzalna ydijadual melahirkan menjelang sambutan Hari Raya Aidifitri bulan depan, sama seperti anak sulung.

Sehubungan itu, pelakon berusia 34 tahun itu memohon doa daripada semua pihak termasuk peminatnya untuk mendoakan supaya proses kelahiran bayi keduanya itu nanti akan dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar



Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Mohd. Nasir berkongsi rasa syukur apabila diberi peluang oleh Allah SWT untuk menambah bilangan cahaya mata itu menerusi laman Instagram miliknya.

Tambah pelakon 'Memori Cinta Suraya' itu, kehamilan kali ini sebenarnya tidak dirancang namun Tuhan merahmati doanya untuk menambah zuriat memandangkan anak sulungnya sudah agak besar. Anzalna turut menyifatkan anugerah tersebut sebagai rezekinya selepas nekad kembali kepafa fitrah iaitu bertudung sejak awal tahun 2022.

"Eidrees pun sudah tiga tahun. Nak kata rancang tak, Alhamdulillah rezeki selepas bertudung. Lepas bertudung tak lama kemudian saya disahkan hamil. Kali agak tak sangka sebab saya menunggu agak lama sebelum disahkan hamil anak pertama dahulu," katanya yang dipetik sebagai berkata kepada Kosmo.

Untuk makluman, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suami, Muhamad Hanif Muhamad Zaki yang merupakan seorang usahawan pada 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidress yang kini berusia tiga tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: