03 April 2022

"AWALNYA AGAK KEBERATAN UNTUK PERGI..." - SAHARUL BAWA ISTERI TUNAI UMRAH, LATIH DIRI BERJAUHAN DENGAN ANAK-ANAK



"Cabaran kali ini ialah kami terpaksa berjauhan dengan anak. Saya sentiasa ingatkan isteri inilah masanya untuk kita belajar tinggalkan anak sekejap supaya boleh mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini. Pada awalnya isteri saya agak keberatan untuk pergi, maklumlah sebagai seorang ibu memang susah hendak tinggalkan anak untuk tempoh masa lama.


"Apabila dia bersetuju, saya terus tempah slot tarikh untuk mengerjakan ibadah umrah," itulah kata pelakon Saharul Ridzwan yang berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada Sabtu.

Menyambut Ramadan di Tanah Suci Makkah bagaikan satu rahmat besar, Saharul, 33, meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menziarahi makam Rasulullah SAW apabila berada di Madinah nanti.

"Selama ini jika pergi menunaikan ibadah umrah, kita sering berharap dapat doakan sesuatu ketika di sana. Kali ini saya bawa rasa cinta terhadap Rasulullah. Selepas belajar dan mendalami tentang sirah perjuangan nabi, saya amat teruja untuk menziarahi makam baginda ketika di Madinah nanti," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam perjalanan ibadah kali ini, Saharul dan isterinya terpaksa berjauhan dengan anak-anak dalam tempoh masa lama iaitu 10 hari buat pertama kali. Bagi Saharul ini adalah satu proses pembelajaran buat dia dan isteri supaya mereka lebih mudah mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini.

Difahamkan, Saharul dan isteri akan pulang semula ke Malaysia selepas sepuluh hari di sana. Untuk makluman, Saharul mendirikan rumah tangga dengan Deena pada September 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 5, dan Fateema Azzahara, 2.

Bercakap tentang aktiviti sepanjang Ramadan tahun ini, Saharul memberitahu tidak banyak yang sudah dirancang selain memberi fokus kepada perniagaan restoran Human Gang yang baru memulakan operasi pada hujung Mac lalu: "Rasanya untuk Ramadan tahun ini lebih tertumpu kepada aktiviti perniagaan selain meningkatkan lagi amal ibadah kita," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: