04 April 2022

SHARNAAZ: "KEHIDUPAN SOLO SANGAT RELAKS & TIADA TEKANAN... DALAM SETAHUN, DUA HARI ITU SAJA AKAN 'KOYAK'



Pelakon Sharnaaz Ahmad nampaknya sudah menduda hampir tiga tahun dan dia mengakui berdepan rasa sedih setiap kali menjelang Ramadan.


Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Sharnaaz berkata hidup solo memang tenang namun pasti akan rasa emosi ketika menyambut Ramadan dan Syawal yang lebih seronok jika bersama keluarga.

Sharnaaz akui dalam setahun hanya dua hari sahaja dia akan rasa sedih iaitu ketika Ramadan dan Syawal yang bakal kunjung tiba sebulan lagi.

Klik untuk gambar besar



"Orang tanya macam mana kehidupan solo? Jawapannya, sangat relaks dan tiada tekanan serta pening kepala.Tetapi esok akan ada sedikit 'koyak' dan lagi sebulan selepas itu . Dalam setahun, dua hari itu saja akan 'koyak'," tulisnya.

Dalam pada itu, sepanjang memegang gelaran duda, pelakon berusia 36 tahun itu tidak terlepas daripada digosipkan dengan selebriti wanita tanah air termasuk Azira Shafinaz.

Untuk makluman, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berumur empat tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: