04 April 2022

AZAN MAGHRIB AWAL 4 MINIT - PENYAMPAI RADIO TAWAU FM MOHON MAAF



"Saya, Mohd Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan maghrib telah disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.


"Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu.

"Kesilapan ini, adalah kesilapan dari diri saya sendiri dan bukan RTM Tawau atau Tawau FM. Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Mohon 'share' permohonan maaf ini," demikianlah tulis penyampai radio Tawau FM, Mohd Safwan Junit.

Penyampai radio berkenaan tampil memohon maaf secara peribadi kepada warga Tawau yang terkesan dengan situasi tersebut, susulan kesilapannya menyiarkan azan maghrib empat minit lebih awal.

Mohd Safwan menerusi laman Facebook menjelaskan bahawa berlaku kesilapan teknikal apabila azan maghrib disiarkan dua kali iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang Ahad. Dia menegaskan perkara yang berlaku itu disebabkan kesilapan teknikal dan dirinya sendiri.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: