03 April 2022

BILA AWIE & HATTAN SARANKAN TUAH SERTAI KID & DIN JADI VOKALIS SEARCH: "TAK PERLU 'TALENT' DARI INDONESIA..."



Semua sedia maklum mengenai penyanyi Tuah baru sahaja dinobatkan sebagai juara program Mic On! 2, sekaligus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM15,000 berserta trofi.


Kemenangan Tuah itu nampaknya telah membuatkan penyanyi, Datuk Awie dan Datuk Hattan menyarankan agar dia menyertai anggota Search Din dan Kid dengan menjadi vokalis.

Awie berkata, itu akan menjadi platform terbaik untuk Tuah memperkenalkan namanya dalam industri muzik tanah air. Tambah Awie, kemampuan Tuah juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan bakat-bakat dari Indonesia.

"Saya dan Hattan sarankan agar dia menyertai Kid dan Din. Itu akan jadi satu platform untuk Tuah melonjakkan namanya sebagai penyanyi. Tak perlu ambil 'talent' dari Indonesia sebab Tuah pun ada bakat," katanya.

Tuah atau nama sebenarnya Mohamad Farhan Zahi Mohd Zaini, 30, tidak pernah membayangkan mengenai perkara itu, namun akan terus menggilap bakatnya jika diberi peluang.

"Saya tak pernah letak sebarang jangkaan untuk menyertai kumpulan legenda seperti itu. Kalau mereka nampak bakat dan diri saya yang 'rendah' ini, mungkin saya akan perbaiki dan tambah baik kemampuan saya. Apa pun, saya terima segala nasihat dan saranan untuk menggilap bakat saya," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: