03 April 2022

NADIA BRIAN REDA PEGANG STATUS JANDA: "SAYA HARAP TIADA LAGI DISKRIMINASI TERHADAP GOLONGAN JANDA



Pelakon Nadia Brian yang sudah setahun bergelar janda itu sehingga kini masih belum menemui pengganti yang sesuai kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seni.


Tidak pernah serik dengan perkahwinan, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 30, mengakui dia tidak menutup hati untuk berkawan dengan mana-mana lelaki.

"Saya masih single dan masa ini diluangkan lebih kepada keluarga dan kerjaya. Tipulah jika saya katakan tiada kerana saya ada juga berkawan untuk mengenali hati budi.

"Mungkin kalau nak berkahwin, dua atau tiga tahun lagi, tapi tidak tahu sekiranya jodoh datang lebih awal. Saya tidak trauma untuk berkahwin lagi, cuma itu bukan keutamaan buat masa ini," katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem 'Ratu Kala Jengking' ini berharap tiada lagi diskriminasi terhadap golongan wanita yang memegang status sebagai janda.

Klik untuk gambar besar



"Siapa yang berkahwin hendak memegang status janda? Jujur saya akui masih ada rasa malu untuk memegang status itu. Suka atau bangga itu tidak, saya berada dalam fasa reda.

"Memandangkan kita juga sudah masuk tahun 2022, saya berharap tiada lagi diskriminasi terhadap janda. Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah tangga individu itu. Malah kita juga tidak tahu masa depan kita sendiri," ujarnya.

Tegasnya lagi, pengalaman lalu banyak mematangkan dirinya dalam tindak tanduk dan berharap memperbaiki diri ke arah lebih baik untuk masa hadapan.

Untuk makluman, Nadia mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 bercerai talak satu 3 April tahun lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: