"Words escape me (for once in my life!), never imagined I would get such a sweet, wonderful gift such as this, ever!!! Thank you @zul_ariffin... ❤️ from the bottom of my heart 🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍," tulis penerbit filem terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai yang teruja apabila pelakon Zul Ariffin telah membuat kejutan dengan menghadiahkannya sebuah kereta mewah.
Berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram, Gayatri, 47, memuat naik sepotong video menunjukkan keterujaannya menerima hadiah tersebut.
Gayatri dikenali sebagai antara individu yang banyak membantu menaikkan kerjaya lakonan Zul, 36, sehingga dia berjaya diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia tahun lalu menerusi lakonan cemerlang dalam filem Sangkar.
Meninjau di ruangan komen, beberapa rakan selebriti seperti Liyana Jasmay, Nabila Huda dan Zalif Sidek turut tumpang gembira dengan hadiah yang diterima Gayatri. Zul turut meninggalkan komen di posting tersebut, "Yay" bagi meraikan keterujaan rakan baiknya itu.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment