02 April 2022

"HALAL PARTNER, ALHAMDULILLAH" - PELAKON JAY ISWAZIR SELAMAT NIKAH



Pada 30 Mac lalu, pelakon Jay Iswazir atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail telah pun selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Azzahra Ahmad di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh pasangan ini menerusi laman media sosial Instagram milik masing-masing.

"Halal partner. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui jodohmu bila dan di mana. Tatkala cuba menutup pintu hati dari cinta, Allah bukakan pintu yang lain buat seorang yang jauh sekali tak terjangka akan bertemu, terikat hati dan kini menjadi Suami.

Klik untuk gambar besar



"Terima kasih Ya Allah kerna hadirkan Dia dlm hidup ini. Sayang @realjayiswazir, pimpin saya sama- sama hingga ke syurga ya," tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Terdahulu, pelakon berusia 39 tahun ini mengikat tali pertunangan bersama Azzahra pada 20 Mac yang lalu.



















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: