02 April 2022

WARIS: "PERANG RAIH UNDI DAH MULA... VIDEO LAMA YANG DIPOTONG DARI IGTV, AKU HANYA BAHAN SAJA"



Selepas video persembahannya pada majlis agama tular di media sosial, nama penyanyi rap Waris hangat diperkatakan warganet yang kurang senang dengan tindakannya menyanyikan lagu 'Rembau Most Wanted' bahagian kedua dimana ia dianggap tidak bersesuaian dengan acara berkenaan.


Waris bagaimanapun tampil bersuara dengan mendakwa dia telah menjadi mangsa permainan pihak tertentu. Jelas peyanyi lagu 'Rembau Most Wanted' itu, video yang tular tersebut adalah video lama yang dipotong dari Instagram TV (IGTV).

"Perang raih undi dah mula. Yang post video aku nyanyi kat masjid itu pun geng-geng mungkir janji yang muat naik (upload). Video lama yang dipotong dari IGTV. Tahun lepas try tapi tak jadi. Tahun ini dia upload video sama lagi dan dia berjaya 'viral'. Tujuannya nak buat korang (kamu) marah. Aku hanya bahan saja. Hati-hati (Be careful)," katanya.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun kenyataan Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias yang turut mengaitkan isu itu dengan turap jalan menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet.

"Semua negeri turap jalan sekarang sebab nak...korang (kamu) pun tau kan...takkan tak faham 'game'. Hati-hati apa yang anda dengar dan salam sayang diri sendiri," tulisnya.

Difahamkan, video itu pernah dimuatnaik Waris di Instagram pada 14 November tahun lalu di mana dia membuat persembahan di Masjid Ibnu Khaldun sempena sambutran Maulidur Rasul.



   

KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TENGOK



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: