02 April 2022

MIC ON! 2 - PESERTA BIMBINGAN FAD BOCEY, TUAH DINOBATKAN JUARA



"Alhamdulillah, saya bersyukur atas kemenangan ini. Ia adalah misi saya untuk mencapai dan menjadi penanda aras untuk saya," itulah kata peserta di bawah bimbingan Fad Bocey, Tuah apabila dia muncul juara pada program realiti Mic On! musim kedua (Mic On! 2), pada pertandingan akhir yang ditayangkan di stesen Awesome TV, semalam.


Kemenenangan itu sekaligus melayakkan Tuah atau nama sebenarnya Mohamad Farhan Zahi Mohd Zaini, 30, membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Pada pentas akhir Mic On! 2 itu, Tuah mempersembahkan dua lagu dalam dua pusingan iaitu 'Cintaku 100%' nyanyian asal Mas Idayu, Waris dan Juzzthin, dan 'Salam Terakhir' nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman.

Tuah yang sebelum ini pernah menyertai program Mentor Legend juga berharap agar dia dapat kekalkan prestasinya dan diterima di dalam industri.

Klik untuk gambar besar



"Sekiranya diberi peluang, saya cuba untuk kekalkan prestasi. Saya akan terus mengeluarkan karya untuk kekalkan nama saya," ujarnya lagi.

Bagi tempat kedua pula telah dimenangi oleh Bulan yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi. Manakala tempat ketiga diduduki oleh Haze yang berjaya membawa pulang wang tunai RM2,500 berserta trofi dan dia juga turut membawa pulang hadiah Talent Terbaik Mic On! 2 berupa hadiah wang tunai RM1,000 berserta trofi.

Hadiah Manager Terbaik Mic On! 2 dimenangi oleh Fad dan berjaya membawa pulang hadiah RM10,000 berserta trofi.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: