27 April 2022

ISTERI YONNYBOII AKUI TAK BACA KOMEN NEGATIF: "ORANG YANG KUTUK ITU PULA JADI LEBIH TERUK..."



"Benda tu normal lah... Sedih memang sedih sebab saya tengok isteri saya sedih," ujar penyanyi Yonnyboii yang berasa sedih lihat isterinya iaitu Nik Nazira terkilan dengan kecaman yang diterimanya apabila membuat keputusan untuk tdak lagi memakai tudung.


Semua sedia maklum, selepas berita isteri Yonnyboii memaklumkan kepada umum bahawa dirinya sudah tidak lagi berhijab telah membuatkan ramai pihak tidak senang duduk. Keputusannya itu sama sekali telah membuatkan isteri Yonnyboii dikecam teruk oleh netizen.

Menurut Yonnyboii keputusan isterinya untuk membuka hijab itu adalah pilihannya sendiri dan berharapa agar orang ramai boleh menerimanya dengan hati terbuka.

Tambahannya, kecaman itu sememangnya normal dan mereka tidak boleh memberhentikan netizen dari bercakap. Dalam pada itu, dia memberitahu dirinya hanya mampu meyakinkan isteri untuk kekal kuat hadapi cabaran ini dan terima seadanya.

Sementara itu, isteri Yonnyboii mengakui dia tidak membaca komen-komen negatif netizen yang dilemparkan berhubung imej terbaharunya yang tidak bertudung.

Klik untuk gambar besar



Nazira, 23, yang juga merupakan seorang pempengaruh dan selebriti media sosial sebelum ini cukup dikenali dengan imej berhijab dan kemunculannya bersama Yonnyboii di sebuah acara hiburan pada Februari lalu telah mencetuskan persoalan netizen mengenai penampilannya yang sudah tidak bertudung.

"Ini bukanlah penampilan baru (tidak bertudung) sebab saya baru bertudung sejak setahun lalu. Saya minta doakan sahaja yang baik-baik sebab kita tak tahu dalam setahun atau tahun-tahun akan datang saya mungkin akan jadi lebih baik daripada orang yang mengutuk tu. Mana tahu orang yang kutuk itu pula jadi lebih teruk dari sekarang sebab kita tidak tahu jalan hidup kita," jelasnya.

Bergelar isteri kepada seorang yang dikenali, Nazira mengakui dia sudah bersedia dengan segala kritikan yang diterima kerana secara tidak langsung dia turut menerima tempias populariti suaminya.

"Sebelum saya buat keputusan untuk be public (imej tidak bertudung), saya dah bersedia... jadi saya tidak baca pun komen sebenarnya. Sebolehnya saya cuba untuk elak baca sebab saya tahu kalau baca lagi buat saya sakit hati, so it's okay. Mulut orang kita tak boleh buat apa-apa," katanya lagi.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: