11 April 2022

"KALI TERAKHIR 2015... MUNGKIN BABAH SIBUK, ADA KELUARGA BARU" - ZAKI YAMANI RINDU BERAYA BERSAMA BAPA, JAMAL ABDILLAH



"Saya akui, dulu selalu jumpa dengan babah. Kali terakhir berpeluang beraya dengan dia pun masa tahun 2015. Masa itu, saya darjah tiga. Boleh dikatakan, masa umur saya sekitar 7 atau 8 tahun, saya rapat juga dengan babah. Kemudian dah kurang.


"Mungkin sebab babah sibuk, atau sudah ada keluarga baru," itulah kata penyanyi remaja, Zaki Yamani, 16, yang mendedahkan kali terakhir dia menyambut lebaran bersama bapanya, Raja Pop tanah air iaitu Datuk Jamal Abdillah, sekitar lapan tahun lalu.

Bagaimanapun, Zaki berkata dia tidak memaksa Jamal mahupun untuk kembali seperti waktu dahulu kerana memahami bapanya itu sudah mempunyai keluarga baru.

Ditanya sama ada dia ada menghubungi bapanya, Zaki berkata dia ada berbuat demikian namun dia tahu bapanya mungkin sedang sibuk. Zaki mengakui dulu dia pernah rasa sedih namun baginya adalah lebih baik jika meneruskan kehidupan masing-masing.

Klik untuk gambar besar



"Kalau pasal jumpa pula, bergantung kepada dia, nak jumpa atau tidak. Tak nak jumpa pun tak mengapa. Kalau saya ada lesen kereta, dah lama saya berjalan ke tempat dia.

"Bukan saya yang menjauh, tapi saya rasa mungkin dia yang sibuk. Sebab itulah, sejak dulu, apa-apa saya memang dengan mummy. Kami berdua sama-sama uruskan kehidupan kami.

"Dulu, adalah juga rasa sedih. Ada juga rasa yang dipendamkan dalam hati, Tapi saya fikir, lebih baik kami fokus pada kehidupan masing-masing. Nak cakap lebih-lebih pun, saya jadi tak reti," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: