21 April 2022

KEJAR LAILATUL QADAR DI MAKKAH, HARAP DAPAT PETUNJUK - PUTERI SARAH LANTIK DUA PEGUAM BAGI KES GANGGU, UGUTAN



"Walaupun banyak dugaan saya rasa tak sabar untuk kejar Lailatul Qadar dekat sana, saya mohon urusan saya dan anak-anak dipermudahkan. Semoga balik nanti ada keputusan gembira, InsyaAllah, tak kisahlah apa keputusan yang Allah bagi petunjuk, saya akan ikut.


"Moga ada jalan keluar dan penyelesaian... apa pun yang terjadi bukan perkara buruk kerana saya anggap itu kehidupan baharu," ujar pelakon Puteri Sarah Liyana yang berangkat ke Tanah Suci Makkah bersama dua anaknya bagi menunaikan umrah 10 akhir Ramadan.

Reda dengan apa juga petunjuk yang bakal diterima, Puteri Sarah berharap doanya nanti yang bakal dititipkan di hadapan Kaabah akan menjadi jalan keluar daripada kemelut rumah tangga yang dihadapi sekian lama.

Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata apa juga keputusan yang perlu diambilnya kelak bukanlah dilihat sebagai perkara buruk sebaliknya kehidupan baharu buat dirinya.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, Sarah tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 11.30 pagi ditemani bapa dan ibu mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail. Bagaimanapun, suami Puteri Sarah iaitu pelakon dan pengarah Syamsul Yusof tidak kelihatan.

Yusof dan isteri kelihatan terharu malah Fatimah mengesat air mata bagi mengucapkan selamat jalan untuk menunaikan umrah buat manantu dan dua cucunya itu.

Sementara itu, Puteri Sarah yang berdepan gangguan pihak ketiga dalam rumah tangganya nekad mengambil tindakan undang-undang dengan melantik dua peguam bagi bagi mengendalikan kes mengganggu suaminya selain membabitkan pelbagai ugutan menerusi media sosial sejak empat tahun lalu itu.



"Okay seterusnya! Kita pakai dua peguamlah. Ke pakai 20 peguam macam Siti Bainun. Ulat kecil macam ini pakai dua peguam pun cukuplah. Saya telah lantik dua peguam untuk selesaikan kes ini. Saya mahu menunaikan umrah dengan tenang.

Pada Ahad lalu, Sarah mendedahkan anak kepada pelakon Kazar iaitu Ira Kazar menjadi punca kemelut dalam perkahwinan dia dan suaminya.

Selain itu, Sarah juga berkata, anak-anak menjadi kekuatan untuk dia terus bertahan. Dia juga bersyukur dikelilingi orang-orang yang sentiasa memberi sokongan.



"Anak-anak sentiasa ada di sini dan mereka membuatkan saya jadi lebih kuat. Saya juga bersyukur kerana ramai yang menyokong dan mendoakan kebaikan untuk saya," jelasnya.

Pendedahan itu dibuat menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya. Malah dia turut menunjukkan satu tangkap layar mendedahkan kenyataan individu terbabit yang seolah-olah tidak kisah dengan pembabitan peguam.

"Ss (tangkap layar) saya dapat sembang macam pandai. 'You do not know the real world sweety'. Jangan nanti kena isytihar muflis tinggal bawah jambatan," katanya.

Untuk makluman, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: