25 April 2022

NIA RAMADHANI SEDIA KEMBALI BERLAKON SELEPAS PULIH DARIPADA KETAGIHAN DADAH



Pelakon Indonesia Nia Ramadhani kini dikhabarkan sudah selesai menjalani proses pemulihan akibat penyalahgunaan dadah sejak 29 Mac lalu. Pelakon yang yang popular menerusi drama sinetron 'Bawang Merah Bawang Putih' itu dikatakan sedia untuk kembali aktif di dunia lakonan.


Perkara tersebut dijelaskan oleh peguam yang mewakili Nia iaitu Nur Zainab yang turut memberitahu pelakon tersebut telah sembuh sepenuhnya dari masalah dadah.

"Menurut keterangan daripada keluarga terdekat, Nia kini sudah sembuh dan bersedia untuk berdepan dengan orang ramai. Dia juga sedia untuk kembali ke dunia hiburan. Lihat sahaja dirinya ketika perbicaraan baru-baru ini... dia dalam keadaan baik," jelasnya seperti yang dipetik dari Detik Hot.

Klik untuk gambar besar



Nia ditahan pihak polis bersama suaminya, Ardi Bakrie dan pemandu mereka pada Julai tahun dan mahkamah sebelum ini memutuskan ketiga-tiga mereka dikenakan hukuman penjara selama setahun.

Bagaimana keputusan rayuan baru-baru ini telah membebaskan Nia dan hanya perlu menjalani proses pemulihan bermula tarikh ditangkap. Nia kini dikatakan sedang berehat dan mahu memberi fokus kepada ibadah puasa di sebuah lokasi yang dirahsiakan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: