03 April 2022

PUASA TANPA ISTERI DISISI - SHUIB ZIARAH PUSARA ARWAH SITI SARAH: "SALAM RAMADHAN SAYANG ❤️"



"Menangislah, kerana hanya kamu dan Dia yang benar faham. Salam Ramadhan Sayang ❤️," itulah tulis pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu pada sepotong video dia menziarahi pusara isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sebelum menyambut bulan Ramadan tahun ini.


Kali pertama menyambut bulan Ramadhan tanpa isteri disisi, bintang berusia 37 tahun ini menzahirkan rasa sayu dan hiba bersama peminat.

Untuk makluman, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad dan Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Klik untuk gambar besar



Sarah yang telah disahkan positif C0V1D itu terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.

Kemudian, Sarah menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: