23 May 2022

"ADA SAYANG, CUMA TAK TAHU ADA CINTA ATAU TIDAK" - SHAKILLA TERIMA FIZI KEMBALI ANDAI BEKAS SUAMINYA TAK GEMBIRA



"Kalau ada jodoh semula dengan Fizi, memang saya berbesar hati dan terbuka hati untuk dia. Sebelum ini dengar spekulasi dia nak kahwin, saya pun tak salahkan dia. Dia memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya.


"Andai kata satu hari nanti dia tak gembira.. dia datang balik pada saya, saya terima dia balik. Memang saya ada sayang Fizi, cuma tak tahu ada cinta atau tidak.

"Mungkin hati masing-masing sedang merajuk," demikianlah tutur pelakon Shakilla Khoriri yang berkata dia sedia menerima Fizi Ali andai kata bekas suaminya itu tidak gembira atau bahagia dalam menjalani kehidupan.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan di aplikasi TikTok luahan Shakilla mengenai perpisahnnya dengan bekas suami menerusi satu temu bual. Meskipun sudah berpisah, Shakilla dan Fizi masih menjalin hubungan baik demi anak tunggal mereka, Ameena Sofia.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video tersebut, Shakilla dilihat sebak itu memberitahu dia tidak menolak andai satu hari nanti dia dan bekas suaminya yang merupakan penyampai radio itu ditakdirkan untuk kembali bersama sebagai suami isteri.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan Shakilla sanggup merendahkan egonya sebagai seorang ibu. Tidak kurang juga ada yang mendakwa Fizi terlalu cepat move on. Namun, rata-rata netizen mendoakan yang baik-baik untuk Shakilla dan Fizi.

Untuk makluman, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia kini berusia tiga tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: