07 May 2022

AJAK BERSYUKUR ANAK SULUNG DAH PANDAI URUSKAN JENAZAH: 'SUDAH SEMBILAN JENAZAH DIA MANDIKAN"



"Walaupun aku ada pengetahuan, Tapi Dia lebih pengalaman..Dia lagi banyak rekod banding aku 😖. Semalam dengan harini je dah 9 Jenazah dia mandikan... Baba doakan Allah berikan pahala selayaknya untuk anak Baba ni.


"Jad rehat eh.. Muka nampak letih tu 😘 @jadthaqiffc #myboy #pengurusanjenazah #kluangjohor," tulis pelawak dan pelakon, Ajak Shiro yang meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Jad Thaqif sudah boleh menguruskan jenazah.

Berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram, Ajak memberitahu setakat ini anak lelakinya itu sudah membantu menguruskan sembilan orang jenazah. Anak Ajak turut memuat naik entr yang sama menerusi Instagram miliknya.

"Dah 32 tahun atuk jadi pengurus jenazah.. Sekarang Jad 12 tahun. Lagi beberapa tahun, Jad jadi macam atok.. #sahabatsimati," kata anak Ajak pula.

Klik untuk gambar besar



Melihat di ruangan komen pula, rata-rata pengikutnya memuji kebaikan yang dilakukan Jad dan mendoakan agar anak lelaki Ajak ini menjadi anak yang soleh. Rakan selebriti seperti Shuib Sepahtu dan Achey juga turut mendoakan perkara yang sama.

Untuk makluman, Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak mendirikan rumah tangga dengan Nur Affah pada 6 Jun 2009. Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: