09 May 2022

ANITA BAHAROM SAMBUT HARI IBU BERENDAM AIR MATA: "SYURGA ITA DAH TAK DAK MAK... KITA JUMPA DI SANA YA MAK"



Pelakon Anita Baharom baru-baru ini telah diuji sekali lagi apabila kehilangan bondanya, Wirmah Pawanchee pada 6 Mei lalu. Berkongsi berita duka tersebut menerusi laman Instagram, arwah bonda Anita meninggal dunia pada usia 74 tahun namun tidak mendedahkan punca kematian.


"Innalillahiwainnailaihirojiun. Mak Ita dah tak de. Makkkkkk. Syurga Ita dah tak dak Mak. Semoga Mak bahagia tenang di alam sana… Ita sayang Mak dunia akhirat. Kita jumpa di sana ya Mak. Semoga Mak dapat jumpa abah dan Ismadi. Kami rindu Mak," tulis Anita bersama beberapa keping foto.

Lebih sayu, Anita yang belum habis berendam air mata selepas kematian suami itu turut memuat naik foto kenangannya bersama arwah bonda sempena sambutan hari ibu pada Ahad. Mengungkapkan rasa rindu terhadap kehilangan arwah, Anita juga berkongsi sepotong doa buat bondanya yang sudah pergi menghadap Ilahi.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, jenazah bonda Anita telah dimandikan, disembahyangkan serta selamat dikebumikan di Masjid Al Amin Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah pukul 8 pagi Sabtu.

Terdahulu pada 1 Januari lalu, Anita kehilangan suami tersayang, Ismadi Ismail, 50, yang meninggal dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, Selangor sekitar pukul 8 pagi. Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: