10 May 2022

JANNA NICK KESAL NETIZEN PERTIKAIKAN HALAL HARAM SUMBER PENDAPATANNYA: "BUAT BENDA BAIK PUN TETAP CARI SALAH"



"Buat benda baik pun tetap ada yang tak senang dan cuba cari salah. Saya sudah dapat mengagak perkara ini bakal berlaku dan menjadi perbalahan dalam kalangan netizen. Tapi saya enggan ambil pusing, sebaliknya mahu fokus mencari dana untuk membangunkan pusat tahfiz yang sudah lama menjadi impian saya.


"Soal halal atau haram atau sebagainya biarlah Allah yang adili. Terpulang kepada mulut orang yang nak persoal" itulah kata pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick, 27, yang kesal dengan tindakan segelintir netizen yang mempertikaikan halal haram sumber pendapatannya dalam membina sebuah pusat tahfiz.

Menurut Janna, dia tidak mampu menutup mulut netizen yang gemar mencari salah berbanding menyokong usaha murninya itu. Ujarnya, dia sudah lali apabila sering kali menjadi mangsa dan sasaran kecaman netizen.

"Saya perlu kuat dalam menempuh dugaan ini. Saya enggan melihat kecaman atau pertikaian daripada netizen sebagai satu benda yang boleh melemahkan semangat saya.

Klik untuk gambar besar



"Cuma saya harap orang luar dapat membantu misi saya untuk membina pusat tahfiz ini. Sama-sama kita kumpul saham akhirat dan melakukan perkara yang baik di dunia ini, berbanding mencari salah orang," tuturnya.

Janna sebelum ini ada berkongsi satu hantaran di laman Instagram miliknya dimana dia bertanya pendapat orang ramai adakah wang hasil kerjanya selama ini adalah satu sumber yang haram.

Terdahulu, Janna meluahkan hasrat untuk membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: