10 May 2022

MIRA FILZAH SELAMAT BERSALIN - BAYI LELAKI KONGSI TARIKH LAHIR SAMA 9 SYAWAL



Pada pukul 3.40 pagi Selasa bersamaan 9 Syawal, pelakon dan pengacara Mira Filzah telah selamat melahirkan anak sulungnya yang merupakan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.


Berita gembira itu dikongsi suaminya, Wan Emir Astar yang turut memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalender Islam.

"Setinggi-tinggi kesyukuran isteri syurgaku telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu 9 Syawal bersamaan 10 Mei 2022 pada pukul 3.40 pagi," tuturnya dalam satu hantaran di Instagram.

Klik untuk gambar besar



Emir atau nama penuhnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar juga memaklumkan isteri dan bayi mereka kini dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.

"Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga," jelasnya.

Untuk makluman, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29 mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada September 2020.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: