09 May 2022

KEKASIH AFRIKA DIGELAR 'NEGRO' - MIMI FLY KESAL, BIMBANG KELUARGA BELAH LELAKI KURANG SENANG



"Buka matamu dan belajar memahami, sekarang sudah 2022. Perkataan negro itu jika digunakan di Amerika Syarikat dianggap sebagai tidak menghormati. Perkataan itu dicipta oleh kaum kulit putih pada zaman African-American dijadikan hamba.


"Kalau digunakan sekarang ini hanya untuk cari gaduh dengan niat nak buat African-American rasa kerdil dan lemah," ujar penyanyi Mimi Fly yang meluahkan rasa kurang senang apabila ada pihak yang menggelarkan kekasihnya sebagai 'Negro' hanya kerana lelaki itu berasal dari Afrika.

Mimi meluahkan rasa kesalnya itu apabila sebuah akhbar tempatan mengelar teman lelakinya sebagai 'negro' pada tajuk artikel terbabit.

Dalam pada itu, Mimi turut bimbang jika gelaran tersebut membuatkan teman lelaki dan ahli keluarganya terasa hati serta memberi persepsi buruk terhadap rakyat Malaysia.

Klik untuk gambar besar



"Keluarga dan rakan-rakannya dapat menerima saya dengan baik dan saya harap dapat melakukan perkara saya. Saya bersyukur mereka melayan saya dengan baik ketika berjumpa di sana.

"Saya berharap mereka disambut baik jika dapat datang ke Malaysia suatu hari nanti supaya mereka tahu kebaikan orang kita dan tidak dianggap biadab," tuturnya.

Sebelum ini, Mimi mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki kulit hitam yang juga merupakan seorang doktor pakar tulang belakang, selepas lima tahun menjanda. Mereka mula berkenalan sejak tiga tahun lalu ketika sama-sama sedang bercuti.

Untuk makluman, bekas anggota kumpulan One Nation Emcee ini mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015, namun bercerai dua tahun kemudian.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: