17 May 2022

AWAL ASHAARI ANGGAP DAKWAAN ROSAKKAN PALANG PAGAR RUMAH ISU KECIL, LUCU



"Saya nak cerita panjang pun macam kelakar. Tapi isu dia dah jadi isu mahkamah kan. Jadi saya serahkan kepada peguam saya lah untuk tindakan lanjut. Benda ni kecil sangat, satu perbuatan disebabkan kenakalan. Itu je masalah dia.


"Ini rumah saya sendiri yang saya dah duduk 15 tahun lalu masa bujang dulu, tapi sekarang saya dah berpindah," ujar pelakon Awal Ashaari apabila dia membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah kawasan perumahan pada bulan lalu.

Awal ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Selasa memberitahu ia merupakan satu insiden kecil yang tak perlu dibesarkan.

Klik untuk gambar besar



Pada Selasa, Awal, 41, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah pada pagi Selasa.

Mengikut pertuduhan selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: