17 May 2022

BAPA DITIDURKAN SELEPAS PARAS OKSIGEN MENURUN - NAQIU BERSIAP SEDIA SEBARANG KEMUNGKINAN



"Pada pertengahan puasa, papa dimasukkan ke hospital tiga hari kerana masalah kesihatan, kemudianya beberapa hari sebelum raya sekali lagi papa menerima rawatan akibat jangkitan C0V1D. Jangkitan tersebut menyebabkan dia mengalami komplikasi dalaman dan saya bawa ke hospital berkenaan pada petang Isnin.


"Pukul 3 pagi doktor beritahu untuk tidurkan papa kerana paras oksigen menurun," kongsi penyanyi Naqiu dimana bapanya terpaksa ditidurkan di Hospital Serdang, Selangor pada pagi Selasa selepas paras oksigen menunjukkan penurunan.

Menurut Naqiu, bapanya iaitu Mohd Najib, 69, sudah lama menghidap penyakit kencing manis dan ini merupakan kali ketiga dimasukkan ke hospital berkenaan dalam tempoh sebulan.

Berkongsi perkembangan terkini, Naqiu memberitahu bapanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan doktor. Melihat tahap kesihatan bapanya, Naqiu berkata dia bersedia dengan sebarang kemungkinan buruk yang bakal berlaku. Bagaimanapun, dia masih meletakkan harapan agar bapanya itu segera pulih seperti sedia kala.

Klik untuk gambar besar



"Saya menjaga papa sejak dua tahun ini, saya melihat bagaimana dia berlawan dengan sakitnya. Apabila keadaan seperti ini berlaku pastinya perasaan saya risau dan bercampur-baur.

"Doktor telah maklumkan kepada kami untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Saya reda dengan ketentuan ini namun masih berharap kesihatan papa kembali pulih seperti biasa," ujarnya.

Sebelum itu, penyanyi lagu 'Rindu Separuh Nyawa' ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya. Dalam muat naik berkenaan, Naqiu memohon orang ramai mendoakan agar bapanya itu diberikan kesembuhan dan segera pulih dari penyakit.

"Saya mohon jasa baik semua untuk mendoakan papa. Moga segala dipermudahkan-Nya. Semoga ada doa dalam kalangan kita yang diangkat oleh-Nya," luah juara Gegar Vaganza musim keenam (GV6).



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: