14 May 2022

"BELUM REZEKI BABY... ALLAH BAGI REZEKI LAIN DULU..." - NETIZEN TUMPANG GEMBIRA IZZUE ISLAM & ISTERI BELI RUMAH BARU



"Alhamdulillah, simpan sini buat kenangan," demikian tulis penyanyi dan pelakon Izzue Islam menerusi platform TikTok dimana dia berkongsi momen menjejakkan kaki ke rumah barunya yang siap dibina itu untuk tatapan umum.


Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 31, memanjatkan rasa kesyukuran apabila berjaya membeli sebuah rumah idaman bersama isteri tercinta, Awin Nurin, 39.

Membeli rumah Eco Grandeur yang terletak di Puncak Alam, Selangor, bekas anggota kumpulan Forteen itu tidak melepaskan peluang merakam momen sewaktu mendapat kunci rumah sehinggalah lawatan mengelilingi kawasan kediamannya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji pasangan ini yang setia dan bahagia bersama walaupun belum dikurniakan rezeki zuriat. Malah, Izzue diibaratkan seperti suami contoh yang sentiasa memberikan yang terbaik dan menggembirakan hati isterinya.

Klik untuk gambar besar



"Siapa sangka kan, daripada pembancuh air…kena aniaya member... reward dia sampai macam ni…aku happy tgok life izzue dan wife." - "Takde zuriat tapi Allah lebihkan rezeki yang lain. Baik sangat Allah pada hamba hambaNya."

"Aku terharu dengan cara diorang brdua ni pertahankan rumahtangga diorang." - "Belum rezeki baby… Allah bagi rezeki lain dulu untuk mereka berdua… Alhamdulillah."

"Complete each other la dorang ni. masing-masing bertuah jadi pasangan masing-masing." - "Nak cari suami camni kat shopee ada tak," antara komen-komen netizen.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 150,000 tontonan daripada warga TikTok. Untuk makluman, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin pada 2 Jun 2013.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: