14 May 2022

"TAK NAK ANAK JADI TAK GUNA, KITA DAPAT MALU" - PUTERI SARAH SIMPAN ANGAN-ANGAN ANAK BELAJAR LUAR NEGARA, SIAP 'INTERVIEW' PELAJAR TURKI



"Dari sekarang, simpan angan-angan nak Syaikhul belajar dekat Turki. Sumayyah jadi doktor belajar dekat Egypt. Jadi, mulai sekarang kena terapkan bahasa Arab untuk mereka. Datang Turki ni sambil-sambil temu bual pelajar kat sini ambil subjek apa, persediaan semua, kena mula dari sekarang. Tak salah nak sasarkan dari sekarang.


"Jadi, boleh sediakan siap-siap anak-anak kena belajar apa supaya jadi orang berguna satu hari nanti," itulah kata pelakon Puteri Sarah Liyana yang ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.

Sudah membuat persiapan ke arah itu, Pteri Sarah mahu putera sulungnya iaitu Syaikhul Islam menyambung pelajaran di Turki, manakala anak perempuannya, Sumayyah pula menjadi doktor yang belajar di Egypt, Mesir.

Bukan hanya bercuti sahaja, pelakon berusia 36 tahun ini juga mahu melakukan persediaan awal dengan menemu bual pelajar di Turki mengenai subjek pelajaran mereka di sana.

Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, berkongsi mengenai impiannya itu menerusi laman Instastory miliknya. Isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu bersama dua orang anaknya kini berada di Turki untuk bercuti selepas dari menunaikan umrah sejak 21 April lalu.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, pelakon drama 'Sabarlah Duhai Hati' ini berharap dua orang anaknya itu sentiasa menjaga nama baik keluarga selain dan tidak menyusahkan ibu dan bapa.

"Jangan menyusahkan mama, ayah dan jangan malukan nanti nama mama ok Syaikhul dan Sumayyah. Buat saya bangga dengan belajar bersungguh-sungguh. Jadi somebody nanti Insya-Allah dan sebagai ibu bapa, kami cuba didik dan susun semua yang terbaik untuk anak-anak dari kecil lagi.

"Tak nak nanti anak dah besar panjang jadi tak guna, kita dapat malu. Apa-apa pun, berjaya dalam pelajaran, pergi terokai dunia dan balik dengan sesuatu," ujarnya.

Untuk makluman, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: