14 May 2022

"ALHAMDULILLAH, KESIHATAN SAYA MAKIN PULIH" - KHALIS HANYA BERDEPAN MASALAH BERJALAN



Pada April tahun lalu, tular di media sosial gambar penyanyi kumpulan The Real Spin, Khalis Shari yang kelihatan pucat serta bertubuh kurus didukung seseorang masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.


Khalis atau nama sebenarnya Muhammad Khalis Md Shari kelihatan cengkung apabila berat badannya turun dari 50 kilogram (kg) ke 32kg. Netizen turut mendakwa Khalis menjadi begitu disebabkan sakit akibat mengambil dadah.

Bagaimanapun, dakwaan etsrebut telah ditepis Khalis: "Rokok dan vape pun saya tak hisap, macam mana pula boleh timbul dakwaan saya ambil dadah? Macam-macamlah orang ni. Cuma dari segi peribadi memang akan ada rasa 'down' sikit kerana saya menyusahkan orang.

"Mulanya saya boleh bergerak tapi tiba-tiba dah tak boleh dan harapkan bantuan orang. Apapun saya reda dengan ujian yang Allah nak beri. Syukur saya masih okey. Cuma keupayaan untuk bergerak tiada dan tak macam dulu," ujarnya.

Mengulas keadaan kesihatan terkininya, Khalis, 33, memaklumkan, dia kini semakin pulih. Jelas Khalis, dia hanya berdepan masalah berjalan ekoran tisu dalaman terkoyak selepas terjatuh sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Khalis berkata, buku lalinya kini agak lemah dan perlu ambil masa untuk pulih kerana tisu-tisu yang rosak menyebabkan dia perlu bergerak menggunakan tongkat atau kerusi roda.

"Alhamdulillah, kesihatan saya makin pulih. Dari segi tekanan darah dan organ dalam, Alhamdulillah tiada apa-apa. Hasil pemeriksaan terakhir di hospital, saya perlu mengawal masalah kencing manis.

"Selama saya sakit dari tahun lalu sampailah sekarang, memang macam-macam dugaan dilalui. Dalam keadaan tak sihat, isteri dan adik- beradik saya memang banyak membantu," jelasnya.

Pada 2018, Khalis pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat. Menerusi pendapatan yang diterima, dia dan isterinya, Zalina Azman membesarkan tujuh anak yang terdiri daripada dua anak mereka, anak tiri (hasil perkahwinan terdahulu Zalina) dan dua anak saudara iaitu anak kakak iparnya yang kematian suami.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: