14 May 2022

KISAH PERCINTAAN DENGAN MR E - RUHAINIES ENGGAN KONGSI LAGI, MAHU LEBIH BERHATI-HATI



Pelakon Ruhainies memberitahu dia kini mahu mengambil langkah berdiam diri dan berhati-hati dalam setiap apa yang ingin dikongsikan selepas ini, termasuklah kisah cintanya bersama Mr E.


Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 28, berkata, dia nekad untuk tidak lagi berkongsi kisah percintaannya itu untuk tatapan umum. Menurut Ruhainies, segala berkaitan jodoh dia menyerahkan kepada Allah, namun mengharapkan jodoh terbaik dalam hidupnya.

"Saya banyak belajar daripada pengalaman sebelum ini. Mungkin dulu saya sering berkongsi mengenai kekasih hati kerana dia adalah cinta pertama saya. Tipulah kalau saya tak teruja dan gembira berkongsi rasa hati yang berbunga-bunga.

Klik untuk gambar besar



"Namun, semakin menginjak usia, semakin saya sedar ada perkara yang perlu saya simpan. Jadi, sekarang ini saya lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya dan perkara berkaitan bidang hiburan. Saya akan lebih berhati-hati.

"Saya tak mahu ulas mengenai kisah cinta dan jodoh. Biarlah saya dan keluarga saja tahu. Saya serahkan kepada Allah kerana Dia lebih tahu. Doakan saya dikurniakan jodoh yang terbaik," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: