11 May 2022

BERI NAMA 'SALAMA SAMHEIZY' - SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN DEDAH WAJAH ANAK KETIGA



"Assalammualaikum 👶🏼. Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam here..Please be good to me, dear world. I'll be your best friend ❤️," itulah tulis pelakon Shaheizy Sam apabila dia bersama isteri Syatilla Melvin sepakat untuk berkongsi wajah serta nama anak ketiga mereka menerusi satu hantaran di media sosial.


Difahamkan, bayi perempuan seberat 3.05 kilogram yang dilahirkan secara pembedahan kira-kira pukul 11 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur itu diberi nama 'Salama Samheizy'.

Dalam pada itu, Sam turut memberitahu Syatilla akan menjalani proses berpantang di Melaka bersama ibunya iaitu pelakon Khaty Fauziah yang kini menetap di sana.

Untuk makluman, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: