11 May 2022

AKSI VIDA, LUCINTA LUNA 'MENGGELETIS' DI PAVILION TERIMA TEGURAN NETIZEN



"BILA KAU JUMPA BESTIE @lucintaluna_manjalita 😂," tulis jutawan kosmetik Datuk Seri Vida pada sebuah video dirinya bersama rakan baik dari Indonesia, Lucinta Luna yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.


Menerusi video tersebut, Vida bersama Lucinta dilihat bergelak ketawa di sekitar Pavilion. Malah, Lucinta yang gelak dengan suara 'jantan' turut terbaring di lantai sambil diperhatikan orang ramai.

Video berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dengan sikap Vida yang semakin kebudak-budakkan. Dalam pada itu, netizen menegur tindakan Vida yang seolah memalukan diri sendiri.

Klik untuk gambar besar



Bukan itu sahaja, ada yang mengecam tindakan Vida yang bersentuhan dengan Lucinta yang seperti diketahui umum dimana dia adalah seorang lelaki.

Tidak kurang juga, netizen turut mendoakan agar Vida dan Lucinta diberikan hidayah. Kata netizen lagi, konten seperti itu tidak sesuai dengan usia Vida serta ada yang kasihan dengan anak-anak usahawan itu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: