01 May 2022

BILA IFA RAZIAH BERAYA DENGAN KERETA BARU



Penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah nampaknya 'shopping' kereta baharu sempena Aidilfitri ini. Dalam hantarannya di media sosial, Ifa berkongsi video dia berada di pusat jualan kereta dan kereta baharunya itu merupakan jenama BMW M4 berwarna hijau.


"SYUKUR ALHAMDULILLAH REZEKI BERKAT BEKERJA KERAS SEPANJANG TAHUN INI MISS DIVA DAPAT REWARD KERETA RAYA 🚘🚗," tulis Ifa.

Ifa ketika dihubungi berkata, dia sebenarnya sudah menempah kereta itu sejak enam bulan lalu. Hasil carian di Internet mendapati harga kereta model itu adalah antara RM659,357 hingga RM684,800.

"Kereta ini adalah BMW M4 berwarna hijau. Saya dah tempah sejak enam bulan lalu dan baru sampai, betul-betul nak dekat Aidilfitri. Memang seronoklah dapat beraya dengan kereta baharu atau kereta raya," katanya.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: